Wednesday, 28 September 2011

Keselamatan Kanak-kanak   

Lindungi anak anda dengan mengajar mereka tentang perkara-perkara di bawah:

  • Pastikan anak-anak anda tahu nama penuh mereka, umur, nombor telefon anda, dan alamat rumah
  • Cara untuk hubungi anda dan panggilan kecemasan 999 sekiranya berlaku sebarang kecemasan
  • Arah anak anda supaya sentiasa beritahu anda di mana mereka berada
  • Jangan beritahu orang lain yang dia keseorangan di rumah
  • Melarang orang yang tidak dikenali ke rumah ataupun menjawab panggilan dari luar ketika berseorangan
  • Jangan memasuki atau menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali
  • Beritahu mereka yang anda bersedia untuk mendengar apa jua yang ingin diluahkan mereka
  • Beritahu mereka bahawa pegawai polis adalah seseorang yang boleh dipercayai jika mereka memerlukan pertolongan
  • Jangan bermain berseorangan. Sentiasa bersama kawan-kawan

Juga, bincangkan dengan anak anda:

  • Katakan “ tidak mahu” kepada orang dewasa yang mengkehendaki mereka melakukan sesuatu yang salah
  • Jangan menerima hadiah dari orang asing
  • Orang dewasa sangat jarang meminta bantuan dari seorang kanak-kanak. Lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenali, melainkan ianya berunsur jahat
  • Beritahu anda sekiranya seseorang meminta untuk merahsiakan sesuatu dari pengetahuan anda
  • Tiada siapapun berhak untuk memegang mana-mana anggota badannya
  • Sekiranya dia berasa diekori, cepat-cepat lari pulang ke rumah atau ke tempat orang ramai dan jerit untuk pertolongan
  • Laporkan kepada anda, pihak sekolah atau pegawai polis sekiranya ada sesiapa yang berkelakuan mencurigakan
  • Tidak memasuki rumah sesiapa tanpa kebenaran anda
  • Tidak bermain-main di tempat terpencil atau bangunan terbengkalai
  • Tidak mengambil jalan pintas seperti melalui padang atau tempat meletak kenderaan
  • Mempunyai wang yang cukup untuk membuat panggilan ke rumah
  • Tidak menunjukkan wang kepada orang, sekiranya ada sesiapa meminta, berikan sahaja daripada disakiti 
Anda juga harus:
  • Beritahu pihak sekolah atau pusat penjagaan siapa yang perlu dihubungi sekiranya anak anda tidak tiba dan juga beritahu dengan siapa anak anda perlu diserahkan
  • Elak dari meletak nama anak anda pada baju atau patung mainan kerana kanak-kanak kurang takut kepada seseorang yang mengetahui nama mereka
  • Tidak meninggalkan anak anda keseorangan di tempat awam, atau di dalam kereta walaupun seminit!
  • Sentiasa menemani anak anda ke tandas awam dan nasihat mereka untuk tidak berseorangan ke situ

No comments:

Post a Comment