Mari kita tanya pada diri kita mengapakah penyoalan guru ini begitu penting?
Terdapat
beberapa unsur yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran guru
melalui penyoalan iaitu unsur penyiasatan (interrogation) dan unsur
rangsangan yang menunjukkan apa yang harus dipelajari dan arahan yang
perlu dilakukan. Janganlah pula kita sendiri yang menyoal dan kita
sendiri yang menjawab, tanpa memberikan ruang untuk murid berfikir dan
mencari jawapan. Amalan sesetengah guru memang begitu seperti guru
mengemukakan soalan kepada semua murid: ”Faham tak?” kemudian tanpa menunggu jawapan murid, beliau meneruskan percakapannya. Atau pun menyoal: ”Faham tak?” dan keseluruhan murid menjawab ”Faham”.
Adakah beliau mengetahui siapakah yang sebenarnya faham dan siapa pulan
yang tidak faham. Murid cenderung untuk menjawab secara beramai-ramai
apabila rakan lain menjawab ”Faham”. Fikirkanlah tindakan yang telah kita lakukan ini dan buatlah renungan atau refleksi mengenai amalan penyoalan kita.
Apakan tujuan guru menyoal?
Berikut adalah antara beberapa tujuan guru menggunakan teknik penyoalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Merangsang penglibatan murid
Mengulangkaji
Merangsang murid untuk berbincang
Melibatkan murid untuk berfikir secara kreatif
Menguji kebolehan murid
Menilai kemajuan murid
Menentukasn sejauh manakah objektif pembelajaran tercapai
Menarik minat murid
Mengawal tingkah laku murid
Menyokong sumbangan idea murid
Meningkatkan kognitif dan metakognitif murid
* Sekiranya, rakan-rakan seperjuang inginkan penerangan yang lebih lanjut sila kunjungi http://deriakacamata.blogspot.com/2008/09/teknik-penyoalan-guru.html